wfh

WFH dan Norma Baru

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Banyak sebenarnya nak cerita. Jadi aku cerita sinopsis sajalah. Mungkin post seterusnya akan cerita lagi yang lain.

Aku dah lama tak posting sebab aku pregnant anak kedua + alahan teruk + berpantang + jaga anak kecil + sibuk kerja. Tup tup sekarang ni dah PKP pula da… Tak boleh keluar rumah kecuali ada urusan penting. 

Disebabkan sekarang ini 11/11/2020.. Sibuk je kan kalau tengok tv tu iklan Lazada lah.. Shopee lah.. Semua kejar tarikh tu. Tempat kerja aku pun sama. Kena LIVE website arini. Semalam aku dah settle dah website tu. Hari ini aku santai-santai saja edit tukar ejaan. tukar content. Itu saja. Bolehlah aku update blog ni. Kalau tak sampai ke malam aku sibuk tau.

Sekarang aku dah masuk kerja. Anak aku pun dah nak masuk 5 bulan umurnya hujung bulan ni. Dapat anak lelaki. Sepasang sudah. Alhamdulillah. Aku nak tanam dengan segunung harapan supaya aku berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anak sulung dulu. Si kakak dia dulu aku tak pandai lagi dalam bidang menyusuan ni. Sekarang banyak aku belajar. Tapi memang struggle gila.

Dekat pejabat jangan terlepas waktu pam. Bila sudah musim Covid ni. Mulalah 2 minggu kerja di pejabat dan 2 minggu kerja di rumah bergilir-gilir mengikut team. Disebabkan bos aku tahu aku ni breastfeeding mother. Dia pun bagilah aku kerja di rumah saja. Tak perlu datang ke pejabat. Alhamdulillah syukur lagi…

Senang lagi aku nak menyusukan anak aku. Tapi ada masalah pula. Bila dah kerja di rumah ni. Taska pula tutup. Kena lah hadap jaga anak-anak. Fuh.. mencabar sangat. Nak kejar dateline lagi. Nak jaga anak lagi. Rumah memang tak sempat lah nak kemas. Kenalah aku upah cleaner. Boleh pula tengah cakap dengan bos si kakak tu “Mama!!! Mama!!! nak susuuuuu!!!” menjerit-jerit dia.. adehhhhhhh…

Rasanya jaga baby ok lagi. Kalau nangis sumbat je dia dengan susu.. Diam lah dia. Hahahahah!! (gelak jahat). Tapi hujung bulan ni aku kena masuk pejabat pula. Sebab haritu HR datang department kami sikit orang saja di pejabat. Mana orang yang lain. Jadi masuk pejabat mintak tolong pengasuh lama jaga. Nasib dia boleh nak jaga bayi.

Walaupun hujung bulan ni aku kena masuk pejabat. Permohonan untuk kerja di rumah sudah lulus!!! Yay!! Alhamdulillah. Bermula pada bulan 12. Jadi sekejap sajalah aku masuk pejabat. Lagi baguskan. Datang pejabat nanti bolehlah bawa balik barang apa yang aku tinggalkan di pejabat tu.. Macam Jamu Tun Teja tu aku tinggalkan beberapa sachet kat meja aku tu. Dan juga monitor pejabat nak bawa balik.

Image credit: Baby photo created by peoplecreations / Freepik

guest
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nadia

btw, rika kerja company mana eh kat KL ?

Acenana

wahh, memang struggle bila ibu kena WFH ni. Tapi ada bagusnya juga sebab setahu saya taska semua tutup lagi kan? Apa-apa pun stay safe dan selamat bekerja dari rumah 🙂

nanafidenaz.blogspot.com

Bedelia

memang mencabar jadi seorang ibu ^_^ saya bukan ibu tapi dapat tgk life bila study online hahaha. Sebab lecturernya muda2, jadi anak2nya pon kecik lagi. So kadang dengar lah anaknya meow2 lah, menyanyi, menangis, menjerit haha.

Tapi cuba utk faham je lah sbb dah nature budak mcm tu