Sweet oatmeal cookies in red tray on wooden table

Biskut Oat Kurma untuk bayi

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Raya dah dekat. Tapi Selangor Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) disebabkan Covid-19 ni. Kuala Lumpur pun tak boleh pergi mana-mana. Jadinya kita buat biskut raya lah. Tak ada lah kuih raya sangat. Kesian kat si kecil ni nak kunyah-kunyah. Dah tak boleh makan macam kakak dia. Makanan dia pun NO SALT, NO SUGAR, NO MSG. Ok jom kita buat biskut cair di mulut. Sesuai untuk bayi yang dah boleh suap sendiri ya. Oh ya… ini resepi sendiri. Boleh lah cuba.

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan instant oat (organic ya. no sugar added) – saya beli brand Anzen
  • 6 kiub ais pati kurma
  • 200g unsalted butter
  • 1 kotak kecil krismis (optional) – saja je tambah konon-konon macam coklat chip

Cara-cara

  1. Masukkan unsalted butter. (biar suhu bilik dahulu)
  2. Blend bersama puri kurma.
  3. Kemudian masukkan oat, tepung gandum, tepung jagung dan krismis.
  4. Agak-agak dah tak melekat di tangan buat bentuk ikut suka.
  5. Bakar suhu 180°C dalam 20-30 minit. Ini aku main agak-agak dah masak saja.

Petua:

  • Kalau masih melekat, tambah la sikit tepung jagung dan gandum.
  • Contoh kalau tepung gandum 3 sudu. Kena tambah juga tepung jagung 3 sudu. Supaya adunan tidak keras. Baby makan pun boleh melt in the mouth..

Pssss… anak saya makan biskut ni, biskut yang cair kat mulut tu meleleh keluar. Amaran ya… kemungkinan baju anak akan kotor. hahah!!!

Oh ya.. Video sebelah ni tangan anak kiri kanan ada biskut. Ada biskut jatuh tu. Dia tak tau nak ambil macam mana. Jadinya ambil guna mulut. Adoyai anak…

guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Fahmi Mohd Razari

Boleh cuba ni