Kids hands and plate with pasta on table , cooking at home with baby top view

Pasta Bolognese untuk bayi

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Disebabkan banyak pula aku dah buat Tomato Paste Homemade ni. Aku pun fikir apa resepi yang patut aku buat mengunakan bahan yang ada ni. Banyak tau leh buat. Boleh buat sambal bilis, asam pedas, bolognese, kuah masak asam, ayam masak merah, nasi tomato dan macam-macam la. Tapi kali ni aku nk share resepi Pasta Bolognese.

Pasta si kakak
Kakak masa kecil dulu
Pasta si Adik
Adik

Bahan-bahan

  • Pasta *rebus bersama minyak sikit supaya tidak melekat
  • Daging *potong
  • 3 kiub Tomato Paste Homede
  • 1 biji Bawang besar *potong
  • 3 ulas Bawang putih *potong
  • 1 biji Kentang *rebus & lenyet untuk bg kuah lg pekat (optional)
  • Sedikit unsalted butter
  • Sedikit cream cheese
  • Sedikit mix herbs
  • Sedikit serbuk bilis
Unsalted Butter
Cream Cheese
Mix Herbs
Serbuk Bilis

Cara-cara

  1. Cairkan butter & tumiskan bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging & tomato paste.
  3. Masukkan air sedikit.
  4. Masukkan kentang dan cream cheese.
  5. Akhir sekali masukkan serbuk bilis dan mix herbs.

Nak makan gaulkan kuah ngan pasta dah direbus tadi.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments