Decorated number 1 for a birthday. Happy birthday one year for twins. White, pink, blue colors

Kek Hari Jadi yang pertama untuk bayi

Assalammualaikum dan hai para pembaca.

Mesti ibu-ibu ada yang tercari-cari apa kek yang sesuai untuk anak sempena ulang tahun kelahiran yang pertama ni. Maklumlah anak masih belum boleh bagi garam gula dalam masakan lagi. Kalau beli kek di luar sana sudah tentu tidak sesuai untuk anak kerana manis gula. Pewarna kek pula. Lagilah pekatnya…

26 Jun 2021 yang lepas adalah ulang tahun kelahiran yang pertama anak aku. Rajin jugalah mencari resepi sana-sini. Kemudian aku olah sendiri ikut apa bahan yang ada dan kreativiti aku sendiri. Pertama kali buat alhamdulillah menjadi. Birthday boy makan sampai 3 potong kek. Suka sangat dia.

Jadi di sini saya nak share resepi kek birthday yang selamat untuk bayi. Tiada gula, tiada garam dan juga tiada pewarna tiruan. Bukan untuk bayi saja tau. Orang dewasa makan pun sedap. Oh ya, disebabkan bayi tidak digalakkan beri gula. Aku tukar kepada madu. Penggunaan madu hanya untuk bayi 1 tahun ke atas. Disebabkan ini kek untuk bayi dah masuk umur setahun, maka sesuailah penggunaan madu ni. Resepi ini juga quantiti yang sedikit dan kecil saja macam dalam gambar. Kalau nak buat kek yang tinggi bulat besar tu bolehlah agak-agak tambah quantiti tu.

Bahan-bahan

Untuk Kek

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 buku unsalted butter
  • 1/4 cawan madu *
  • 3 biji telur
  • 2-3 sudu besar susu full cream

Untuk Frosting

  • 75g cream cheese
  • 125g unsalted butter
  • 3 sudu besar madu *
  • 1-2 sudu besar susu full cream
  • extrak bunga telang **

* Jika nak manis lagi boleh tambah madu. Jika anak belum setahun boleh tukar kepada puree kurma.

** Dijadikan sebagai pewarna biru. Jika nak buat warna merah jambu boleh guna buah naga.

Cara-cara

Untuk Kek

  1. Putar butter hingga kembang.
  2. Masukkan madu, susu full cream dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven 180 darjah selama 25 minit dgn api atas dan bawah.
  6. cucuk dengan lidi untuk pastikan dalam sudah masak.

Untuk Frosting

  1. Putar butter dan cream cheese sehingga kembang.
  2. Tambahkan susu full cream dan madu. Putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan pewarna bunga telang tadi. Putar sehingga warna sekata.
  4. Dah siap boleh masukkan dalam piping bag.
  5. Masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
  6. Kemudian, boleh hiaskan kek.
nyum.. nyum..
Nak lagi mama!
Kekenyangan
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments