maze

Pejabat dalam Maze

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Aku baru masuk pejabat selama 2 minggu. Lepas ini pejabat dah pindah ke Subang. Agak jauh dari rumah aku tapi permohonan bekerja di rumah sudah lulus jadi tak perlu risau la kalau jauh. hahah!!!

Kiranya selama 2 minggu ni juga adalah last aku jumpa kawan-kawan pejabat dan bersosial. Lepas ni bersosial bersama keluarga dan social media seperti Facebook, Twitter, Discord, Online Gaming, Genshin Impact (eh!).

Takyah nak drama sangat la. Aku dapat kerja dari rumah ni pun selama 6 bulan. Lepas tu buat penilaian semula sama ada sambung atau balik pejabat. Pastu kalau ada meeting yang memerlukan face to face pun kena juga berada di pejabat seharian.

Ok sekarang ni bukan aku nak cerita yang pejabat ini nak pindah. Aku nak cerita sekarang ni. Sekarang ni kasihan department aku Group Information Teknology (GIT). Building kami nak renovate dan kemas meja-meja, barang-barang nak pindah. Jadi GIT ni pun berhijrah kat department apa tah. Aku pun tak pasti. Kenapa pula tak pasti? Hahah!! Pejabat ni banyak sangat department dia. Mana nak ingat. Orang yang bekerja satu syarikat yang sama pun bukan kenal semua. Naik lif. “Hai. Hai. Tingkat berapa? Ok.. Bye.”

Sekarang aku berada di pejabat sementara. Tempat kami dalam meeting room je. Kawan pejabat aku seorang ni tau aku ni mudah sesat dalam bangunan pejabat. Bukan sesat sebenarnya. Tapi aku malu. Tak nak pula masuk salah bangunan pastu pekerja semua tengok aku.

Awal-awal kawan aku WhatsApp cakap masuk sana. Masuk sini. Naik tingkat tu. Nak pergi tandas pun punya la jauh. Nak pergi surau. Kawan aku cakap la masuk sana sini. Tapi tak apa lah.. Aku keluar dari bangunan ni dan masuk semula ke pintu bangunan surau. Tak reti nak seberang dan redah bangunan lain lalu untuk pergi surau.

Serius wei. Pejabat ni macam Maze. Masuk sana. Keluar sana. Masuk sini. Keluar sini. Asalkan ada access card pekerja semua tempat boleh access tapi boleh sesat juga la.

Nanti 6 bulan kerja kat rumah. Bila masuk pajabat kat Subang ni mesti lagi la sesat. Bangunan dia lagi la besar sampaikan aku terbayang macam bangunan penyelidikkan sains tercetusnya permulaan virus zombie. Ada zombie di mana-mana. Eh.. memang tempat tu scary pun. Dahsyat kan bayangan aku ni. Hahah!!!

wfh

WFH dan Norma Baru

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Banyak sebenarnya nak cerita. Jadi aku cerita sinopsis sajalah. Mungkin post seterusnya akan cerita lagi yang lain.

Aku dah lama tak posting sebab aku pregnant anak kedua + alahan teruk + berpantang + jaga anak kecil + sibuk kerja. Tup tup sekarang ni dah PKP pula da… Tak boleh keluar rumah kecuali ada urusan penting. 

Disebabkan sekarang ini 11/11/2020.. Sibuk je kan kalau tengok tv tu iklan Lazada lah.. Shopee lah.. Semua kejar tarikh tu. Tempat kerja aku pun sama. Kena LIVE website arini. Semalam aku dah settle dah website tu. Hari ini aku santai-santai saja edit tukar ejaan. tukar content. Itu saja. Bolehlah aku update blog ni. Kalau tak sampai ke malam aku sibuk tau.

Sekarang aku dah masuk kerja. Anak aku pun dah nak masuk 5 bulan umurnya hujung bulan ni. Dapat anak lelaki. Sepasang sudah. Alhamdulillah. Aku nak tanam dengan segunung harapan supaya aku berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anak sulung dulu. Si kakak dia dulu aku tak pandai lagi dalam bidang menyusuan ni. Sekarang banyak aku belajar. Tapi memang struggle gila.

Dekat pejabat jangan terlepas waktu pam. Bila sudah musim Covid ni. Mulalah 2 minggu kerja di pejabat dan 2 minggu kerja di rumah bergilir-gilir mengikut team. Disebabkan bos aku tahu aku ni breastfeeding mother. Dia pun bagilah aku kerja di rumah saja. Tak perlu datang ke pejabat. Alhamdulillah syukur lagi…

Senang lagi aku nak menyusukan anak aku. Tapi ada masalah pula. Bila dah kerja di rumah ni. Taska pula tutup. Kena lah hadap jaga anak-anak. Fuh.. mencabar sangat. Nak kejar dateline lagi. Nak jaga anak lagi. Rumah memang tak sempat lah nak kemas. Kenalah aku upah cleaner. Boleh pula tengah cakap dengan bos si kakak tu “Mama!!! Mama!!! nak susuuuuu!!!” menjerit-jerit dia.. adehhhhhhh…

Rasanya jaga baby ok lagi. Kalau nangis sumbat je dia dengan susu.. Diam lah dia. Hahahahah!! (gelak jahat). Tapi hujung bulan ni aku kena masuk pejabat pula. Sebab haritu HR datang department kami sikit orang saja di pejabat. Mana orang yang lain. Jadi masuk pejabat mintak tolong pengasuh lama jaga. Nasib dia boleh nak jaga bayi.

Walaupun hujung bulan ni aku kena masuk pejabat. Permohonan untuk kerja di rumah sudah lulus!!! Yay!! Alhamdulillah. Bermula pada bulan 12. Jadi sekejap sajalah aku masuk pejabat. Lagi baguskan. Datang pejabat nanti bolehlah bawa balik barang apa yang aku tinggalkan di pejabat tu.. Macam Jamu Tun Teja tu aku tinggalkan beberapa sachet kat meja aku tu. Dan juga monitor pejabat nak bawa balik.

Image credit: Baby photo created by peoplecreations / Freepik

new-layout

Layout Baru

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca. Hari ini nak beritahu semua pengunjung blog ini yang aku sudah tukar layout blog ini. Kalau perasan komen-komen post sebelum ni dah tak ada. Dulu aku guna Blogspot sekarang aku sudah tukar kepada WordPress. Semua design blog ni aku buat sendiri. Aku memang suka design website bagi cantik-cantik. Itupun bila ada masa free lah..

Design tak lari jauh sangat dari blog lama. Konsep blog ini white and clean saja. Tapi tak ada dah lah bilangan follower blog sebab dah tak guna blogspot.

Kenapa aku tukar pula layout baru ni? Yang lama tak cantik ke? Bukan tak cantik tapi susah nak customize sendiri website tu dan terhad berdasarkan layout blogspot saja. Sekarang ni guna WordPress senang aku nak ubah-ubah dan buat apa-apa sahaja fungsi yang aku buat. Hah.. Jangan pula tanya template mana aku guna untuk blog ni. Ini adalah customize buat sendiri sebab aku kerja sebagai seorang yang buat website juga.

106

Setahun di tempat baru

Assalammualaikum dan selamat sejahtera para pembaca. Terima kasih kerana ada juga yang masih sudi membaca. Fuh.. dah setahun rasanya tiada apa-apa post blog. Last post pun pasal tandatangan offer letter.

Ya, aku sudah kerja di tempat baru. Biasanya kalau orang baru mula bekerja di tempat baru ni mesti relax-relax dulu. Santai dulu. Catch up apa plan bisnes. Apa perlu buat. Betul tak? Tapi aku masuk kerja baru ni terus aku dah ada kerja berlambak-lambak. Menimbun-nimbun. Tak sempat nak tarik nafas.

Korang bayangkan masuk je kerja dah suh buat tu ni. Minggu ke dua kerja orang tu dan ni datang tempat duduk aku bagitau buat itu ini. Bunyinya macam “hahah!! Ika kena buli buat kerja orang.” Tapi tidak. Aku buat kena buli. Sebab memang itu job scope aku. Makin lama aku kerja sini. Makin seronok. Walaupun aku bagitahu kerja aku banyak dan berlambak. Aku suka dengan kerja aku. Aku boleh buat kerja tu. Memang bidang yang aku minat. Orang lain pun sama juga berlambak kerja. Kerja banyak kena la guna ngan gajinya kan.. Benefits company ni takyah cerita panjang la. memang best. Tak stress. Sebab tu makin seronok.

Sekarang sudah bulan September 2020. Maksudnya dah setahun aku kerja di sini. Macam-macam sebenarnya berlaku sepanjang aku tak berblogging ni. Aku sebenarnya sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua. Waktu aku kerja tempat baru ni lah aku pregnant. Rezeki anak-anak. Tahun ni juga kecoh kan dengan virus tengah menyerang seluruh dunia sekarang ni. Aku pun kerja di rumah.

Memang lama juga aku duduk di rumah ni. Dah PKP kerja di rumah. Kemudian aku cuti berpantang 2 bulan pula. Tu belum lagi cerita anak aku masuk wad sebab batuk teruk. Aku tengah pregnant tu jaga anak aku kat hospital. Nampak tak busy tak busy life aku sampai setahun lebih aku tak berblogging.

Sekarang ni anak kecil aku dah nak masuk umur 3 bulan. Anak lelaki. Sulung perempuan. Alhamdulillah dapat dah sepasang. Pastu kilang rehat la kejap dalam 5-6 tahun ke. Nak ambik perancang keluarga. Leh aku rehat-rehat kuruskan badan, cantik-cantik, buat aktiviti sedikit.

Oh ya. Aku baru sahaja masuk kerja setelah cuti bersalin 2 bulan. Aku masuk kerja saja banyak berita aku dapat. si polan tu dah benti kerja. si polan polan baru berhenti. si polan ni pula sudah bagi notis bulan ni last. Orang lama-lama la banyak dah berhenti. Kemudian department aku pula sudah pindah sementara waktu di bangunan lain sehingga hujung bulan Oktober. November pula semua department berpindah di office Subang. Makin jauh tempat kerja aku. Dengar cerita office tu nak buat macam office Google. Open office concept ataupun ruangan terbuka. Ada pokok-pokok, kehijauan, angin luar masuk. Tengok plan office pun macam cantik.

Berita baiknya pekerja boleh pilih Alternatif Office (AO). Kena isi borang permohonan tu. Aku apa lagi memang nak la. AO aku adalah rumah aku. Terbaikk… Dengar-dengar permohonan aku diterima.. hahahah!!!

 
2119

Sign Offer Letter

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.
 
Hari ini aku rasa gembira. Aku sudahpun tandatangan offer letter kerja baru. Aku dapat kerja Syarikat Antarabangsa yang besar. Wah.. Wah.. bunyinya pun menarik kan. Alhamdulillah rezeki anak. Dah hampir 8 tahun aku dalam bidang komputer programming ini. Dah jadi jiwa aku dah. Laki aku cakap aku ni pelupa sebab dalam kepala otak aku penuh dengan coding. Hahah… Kali ini aku memang nak betul-betul displin dengan masa. Tahulah kebanyakkan pekerja bidang IT ni masa flexible. Tapi kali ini company ni masa strict dengan masa.
 
Lepas tandatangan, balik ke pejabat hantar pula surat resign. Ya aku dah berjaya bagitahu bos aku yang aku nak resign. Pastu tanya mereka offer lagi tinggi ke? hahah!!! Aku jujur je dah ada offer company lain yang lagi bagus. Lagipun company sekarang aku kerja memang lagi rendah dari expected salary aku. Kenapa aku terima? Sebab aku malas nak pergi interview banyak kali. Penat dah. Dalam masa aku cari kerja banyak-banyak tu tetiba ada pulak dipanggil interview company besar ni kan. Tapi masa tu aku dah mula kerja dah company ni. Tapi why not kira try. mana tahu offer lagi menarik.
 
Tup Tup lepas seminggu terus dapat result. Wow! aku terpilih dan perlu datang untuk tandatangan offer letter. Ya Allah.. gembiranya aku. Tersenyum je. Susah nak control perasan aku sekarang ni. Laki aku kata jangan gembira sangat nanti menangis. Tapi aku tak boleh nak control. Dah terasa ringan mulut untuk senyum je ni.

Image credit: Designed by katemangostar / Freepik
131

Nak Resign?

Assalammualaikum dan hai.
 
Aku baru je sebulan lebih tukar kerja. Masih lagi dalam probation. Tapi aku dapat offer lagi menarik dan company tu dah lama dalam industri. Jadi aku dah keliru nak bagitahu bos apa aku nak berhenti kerja ni. Lebih-lebih lagi kerja sekarang melibat coding Backend dan perlu belajar bahasa baru Angular, C Sharp. Otak aku ni dah tepu nak belajar bahasa baru. Lebih-lebih lagi kena buat sendiri. Belajar dari Internet. Mengantok wei…
 
Pada mulanya memang bagus aku improve diri aku bukan sahaja Frontend tapi mahir juga dengan Backend. Tapi lately aku rasa tak kena dengan jiwa aku. Aku masih ke arah design. Lebih suka Frontend Designer. Kalau tak minat buat apa kita teruskan. Ya tak… Jadi baik kita buat benda kita suka.
 
Jadi, aku decide nak tukar kerja. Berbalik kepada soalan tadi. Macam mana nak bagitahu bos. Aku dah bagitau IT manager. Dia tanya kenapa. Then dia suruh cakap sendiri dengan bos. Dia dah Whatsapp bos. Tak tau lah bos datang ke tak hari ini. Aku kena Whatsapp dulu bos. Kalau boleh nak kerja sampai hujung bulan ni. Boleh aku mulakan kerja awal bulan depan. Gaji pun senang kira nanti. Ada any idea tak nak buat ayat macam mana nak Whatsapp bos? Atau direct je I want to resign. Aduh… pening…
89

Giveaway-02 by Ematunz

Lepas umum pemenang untuk first giveaway, ematunz.blogspot.com terus buat second giveaway.

Hadiah kali ni lain machiam sikit, iaitu gambar portrait digital. Jika terpilih, uols boleh dapatkan sendiri punya gambar siap edit, ala ala lukisan gittuw, boleh guna letak kat wallpaper ke, default photo pun boleh tau. 
 
Klik gambar di bawah kalau nak join Giveaway-02:
 
 
Hadiah apa tu? Hah, pinjam japp gambar ematunz, ini adalah contoh hadiah (dalam bentuk gambar siap edit) seperti dibawah:
 
Lukisan digital oleh Aeisha Lisa
 
Semoga terpilih. Thank you sudi join giveaway ematunz.blogspot.com.
1470

Tomato Paste Homemade untuk bayi

Assalammualaikum dan hai para pembaca.

Hari ini aku nak berkongsi macam mana untuk buat tomato paste untuk diletakkan di dalam masakan anak nanti. Maklumlah untuk bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan makan atau minum garam, gula dan juga perasa tambahan. Jadi aku buat tomato paste ini pun sebab nanti aku nak buat bihun goreng. Boleh juga buat sambal nasi lemak. Nama je sambal tapi versi bayi ni tak pedas sebab gunakan tomato. Macam-macam lagi resepi boleh buat dengan letak tomato paste ni. Resepi yang lain akan dikongsi di lain post entry.

Bahan-bahan

2 biji tomato
1 biji capsicum merah
1 batang lobak merah
1/2 batang celery (aku guna sayur sawi je)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-caranya

  1. Blend kesemuanya bahan-bahan tadi dengan air yang mencukupi.
  2. Masak sehingga air kering dan agak pekat tomato paste tersebut.
  3. sejukkan dan terus boleh masukkan dalam kiub ais.
  4. Bila dah beku keluarkan dari kiub ais tu masuk dalam plastik kedap udara.
  5. SIAP!

Eh? Dah siap? Macam tu je?? Senang je kan… Nak masak nanti hanya ambil beberapa kiub yang diperlukan. Macam contoh pagi tadi aku masak untuk si Alisha hanya 2 kiub saja. Boleh tahan dalam peti ais tempat beku tu selama sebulan.

86

Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.

Klik gambar dibawah untuk join:
 
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 

Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.

 
 
 
91

Hidup Tanpa Internet

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.
 
Hari ni aku nak cerita mengenai aku dan family kecil aku dah berjaya menjalani kehidupan tanpa internet selama 5 hari sudah. Tanpa Internet? Ya, tanpa Internet walaupun smart phone. Eh? kalau tanpa Internet macam mana aku boleh post entry ni kan? hahah!!
 
Sebenarnya tak ada lah tanpa Internet pun. Ini semua gara-gara bil telefon aku dah kena suspended. Aku tak bayar bil lagi laaa… Maklumlah sejak kebelakangan ni aku tengah kesempitan wang.
 
Kami sekeluarga cari WiFi free kat mamak. Pinjam hotspot orang. Semua untuk hubungi orang. Buat benda penting je. Aku update blog ni pun sebab aku ada kat office. Kerja dah siap. rehat jap ngan blogging. Telefon aku guna WiFi office.
 
Kami tidak boleh buat panggilan keluar tetapi masih boleh terima panggilan masuk. Jadi buka WhatsApp guna WiFi free hubungi sesiapa suruh telefon kami.
 
Apa perasaan aku bila tak ada Internet ni bila di rumah? Memang bosan yang amattttttt…. Tapi dari segi kebaikkannya. Aku banyak habiskan masa bersama anak dan suami. Suami aku pun tak ada dah main game sampai lewat malam main PUBG kan. Sekarang kami malam-malam borak bercerita je. Main game pun tak perlu pakai Internet.
 
Main game classic macam TARZAN atau Age of Empire II dalam pc aku ni. mengimbau nostalgia masa mula-mula aktif pegang pc zaman dulu-dulu. Aku dan keluarga juga banyak bermain mainan anak kami. Masa ni entah kenapa mainan dia paling best. Hahah!!!
 
Oklah.. tak boleh bercerita panjang-panjang. Gara-gara aku tengah bekerja di pejabat ni. Babai…