pengasuh

Masih Mencari

Assalammualaikum dan hai para pembaca.
 
Susah hati ibu bapa nak cari pengasuh. Bila dah jumpa pengasuh yang ok tapi kawasan pula tak ok. Kalau pengasuh tak ok tu tak payah cakap lah. Banyak sangat kes-kes di luar sana. Dilema rasa nak hantar anak. risau.
 
Aku dah tiga kali tukar pengasuh. Yelah anak sulung. Mana ada pengalaman kan. Jadi pertama kali aku hantar dekat kawan mak aku. Biasa lah dah nama pun orang tua kan. Mesti ada pantang larang petua semua bagai. Tapi bagi aku petua semua macam dah tak relevan untuk zaman sekarang. Mana taknya anak aku masa tu umur 3 bulan boleh pula sumbatnya biskut mary dengan air kosong. Katanya dia lapar. Asyik nangis macam kena dera. Risau jiran-jiran report pula. Padahal dengan bagi bayi makan dan minuman sebelum umur 6 bulan selain susu merupakan dera juga tu. Itupun kantoi bila tiba-tiba anak aku muntah biskut warna kekuningan. Susu kan kalau muntah warna putih. Jadi aku tukar lah pengasuh lain. Carilah pengasuh lebih muda.
 
Ya, aku jumpa pengasuh muda. Sebaya jugalah dengan aku. Tapi fuhh…. ramainya dia jaga. Dalam 10 orang lah. Semua bayi kecil-kecil. Aku hairan Ibu bapa mereka percayakan dia. Dia jaga ok. cantik kemas. Orangnya pun nampak bersih. Jenis tak suka duduk diam. Sentiasa nak buat kerja. Sebab tu la dia boleh jaga anak ramai. Tapi satu je la. Anak aku takut ngan dia. Setiap kali nak hantar. Naik lif rumah tu je dia dah menangis. Pengasuh ni garang. Suara lantang. Maklumlah jaga ramai budak. Semua budak takut ngan dia. Termasuk anak dia dua orang.
 
Kalau ikutkan aku masih lagi ngan pengasuh garang ni. Tapi sekarang aku sudah berpindah rumah. Jadi aku carilah pengasuh dekat lebih dekat. Alhamdulillah pengasuh kali ni semua ok. Aku pula memang bawa bekal untuk dia makan. Jadi pengasuh ni memang tak bagi apa-apa makanan selain makanan aku bagi tu. Anak aku manja betul dengan dia. Sampai depan rumah terus nak pergi kat pengasuh tu. Pastu cepat-cepat dia bye bye nya aku. Amboiiiii….
 
Tapiiiii… Ada masalah sikit. Pengasuh dah bagus. Jaga anak pun tip top. Masalahnya kawasan rumah dia. Penuh dengan warga asing. Dalam lif tu memang penuh padat dengan orang dia. Lif kejap rosak kejap elok. Tunggu lif je dah lama. Kawasan kotor yang amat.. Tikus merata-rata. Sihat-sihat semua tikus kat situ. Kawasan pembiakkan nyamuk dengi pula tu. Bahaya ni untuk kesihatan anak aku.
 
Jadi sekarang aku masih lagi mencari pengasuh. Kalau ada kawan Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama atau mana-mana area dari Bukit Jalil ke Pantai Dalam tu. Halo-halo lah aku ya…
2127

Kerja, blog dan coding

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca. Disebabkan blog ini masih baru. Aku terlebih fokus pula nak hias-hias blog ni.

Pengenalan sedikit ya. Aku seorang Frontend Developer. Developer tu bukan kerja buat rumah tu ya. Ini buat website ataupun system ataupun yang melibatkan komputer dan internet tuuu.. Jadinya aku sibuk menghias blog aku di pejabat.

Aku banyak kerja coding semua nak buat. Sekarang dah kul 7 lebih aku masih belum siap lagi satu page. Apa nak jadi!? Aku hilang fokus bila aku buka blog ini. Aku bukak blog. Pastu duk fikir nak tukar lah warna ni jadi ungu. Nak tukar yang ini pula jadi merah jambu. Leka hias blog tengok jam dah petang.

Kat pejabat ni aku ada 2 skrin komputer. Sebelah kanan coding kerja dan sebelah kiri coding blog. Lepas aku bosan buat coding kerja pejabat aku rehat sekejap buat coding blog ini pula. Ya, blog ini aku design sendiri dan buat sendiri. Seperti blog aku yang pernah terkenal dahulu. (Eh? ye la tu terkenal.) Aku suka ubah design blog ini mengikut perayaan di Malaysia. Akan datang Raya Haji. Mungkin kalau aku rajin aku ubah design tema Raya Haji pula. Tapi mungkin tidak untuk blog ni. Susah pula asyik tukar je. Kalau tukar pun maybe gambar header atas tu je la kot.

Dah la.. Dah malam ini. Maghrib pun dah masuk. Nak balik. Anak comel aku menunggu di rumah. Bye..

Image credit: Designed by Yanalya / Freepik

551115-PK1NS7-351

Blueberry Cheese Cupcake untuk bayi

Assalammualaikum dan hai para pembaca semua. Biskut sudah. Hari ini aku nak share resepi Blueberry Cheese Cupcake pula. Resepi ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan keatas.

Sebenarnya dah lama aku buat tapi aku tak ingat bila. Baru harini rasa nak share. Tak silap aku buat ni masa ulang tahun kelahiran anak aku yang pertama. Maklumlah dia mana boleh makan kek manis-manis yang ada di pasaran luar sana. Baik buat sendiri kat rumah kan. Boleh tau bahan-bahan apa dalam tu. Paling penting NO SALTNO SUGARNO ARTIFICIALNO SYNTHETIC dan NO UNNATURAL PRESERVATIVES.

Bahan-bahan

  1. 1 bekas blueberry yang jual di pasaraya tu.
  2. 2 sudu cream cheese brand Tatura
  3. Agak-agak tepung gandum tanpa bahan pemutih/unbleached flour
  4. 1/2 cawan susu full cream Goodday (optional jika anak sudah umur setahun)

Cara-cara

  1. Basuh blueberry dan blend halus.
  2. Campurkan cream cheese dan susu dalam mixer sehingga sebati dan cheese tidak berketul. Jika masih bawah setahun boleh campurkan dengan susu fm dalam 5oz.
  3. Kemudian masukkan blueberry tadi.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Aku gunakan tepung tanpa bahan pemutih dari Cap Lili. Jangan terlalu banyak nanti keras dan jangan terlalu sedikit nanti lembik pula.
  5. Masukkan dalam cup adunan. Aku guna yang zink punya. Nanti boleh basuh dan guna lagi. Tak membazirlah dari guna cupcake yang kertas tu kan.
  6. Nampak macam kosong sangat pula. Apa kata aku hias dengan buah mangga. Alang-alang ada buah mangga dalam peti ais tu. Maka jadilah macam bawah ni.
  7. Sekarang kita nak kukus pula. Kukus sehingga masak. Disebabkan laki aku tetiba je beli Multicooker Cuckoo ni. Aku pun gunalah kemudahan apa yang ada.
  8. Aku tekan menu steam cook. Jadi biar sahaja sehingga masak. Kalau yang tak ada Cuckoo ni, kukuslah macam biasa sehingga masak. Cucuk dengan garfu. Kalau adunan tadi tidak melekat di garfu maknanya sudah masak.
  9. Tadaaa.. sudah siap…
1
2
3
4
5
6
7
9
149

Biskut pisang untuk bayi 7m+

Assalamualaikum dan hai para pembaca semua. Seperti dijanjikan semalam aku post di Instagram dan Twitter dan juga Facebook yang aku akan share resepi biskut pisang aku buat.
 
Semalam ada pisang satu sikat dah masak. Kalau dibiarkan busuk pula nanti. Buat cekodok pisang atau lempeng pisang tu tak boleh simpan pula untuk kudap-kudap si kecil. Kebetulan semalam hari Ahad hari cuti. Cuti-cuti ni aku terasa baik aku buat biskut guna pisang ni. Jadi ni haa… Terjadilah biskutnya.
 
Aku memang tegaskan makanan berkhasiat dan hanya homemade untuk anakku Alisha sehingga umur 2 tahun. Ini bermakna NO SALTNO SUGARNO ARTIFICIALNO SYNTHETIC dan NO UNNATURAL PRESERVATIVES. Bila aku masak sendiri makanan Alisha aku tahu apa bahan-bahan aku letak dan yakin selamat.
 
Resepi ini memang sesuai untuk bayi berumur 7 bulan ke atas. Ianya cair dimulut. Tapi pastikan bayi itu dah pernah makan pisang ya. Kalau terjadi apa-apa jangan salahkan aku sebab ikut resepi ni seperti dah ternyata dalam DISCLAIMER page aku.

Bahan-bahan

3 biji pisang cavendish (lenyekkan)
1 buku unsalted butter (250g)
2 cawan tepung gandum tanpa bahan pemutih/unbleached flour
2 cawan tepung jagung
3 scoop susu formula (optional)
2
3

Cara-cara

  1. Adunkan unsalted butter bersama pisang seperti gambar di bawah.
  2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan pula susu formula. Susu formula ini boleh digantikan dengan susu Full Cream atau Fresh Milk (untuk anak sudah 1 tahun ke atas sahaja). Kalau anak tak minum susu formula hanya breastmilk tak perlu letak pun tak apa.
  4. Kalau doh masih lembik lagi, boleh tambah tepung. Tips: Pastikan tepung gandum dan tepung jagung balance. Ini kerana kalau terlebih tepung jagung nanti rapuh sangat. Kalau terlebih tepung gandum nanti keras sangat.
  5. Kalau tesktur doh sudah okay, boleh lah buat rupa bentuk kegemaran.
  6. Sapukan sedikit minyak extra virgin olive oil didulang bakar. Sebenarnya tak perlu pun. Saja je nak letak juga. Eh, suka hati aku lah. Resepi aku. Hahahah!!
  7. Lepas sapu minyak baru lah susun ke dulang dulang.
  8. Kemudian bakar guna 120°C dengan 10-15minit (bergantung kepada oven masing-masing)
  9. Sudah siap bakar tu boleh biarkan sejuk dahulu sebelum masuk dalam bekas kedap udara.
  10. SIAP!
6
7a
8
9
10

Oh ya.. lepas aku update gambar di Instagram dan Facebook. Ada ramai pula kawan-kawan nak beli kalau aku jual. Sebenarnya dah lama aku rasa nak jual baby food ni. Tapi biasalah pasaran kat luar sana lebih hebat lebih banyak. Aku pula bukan tukang masak. Programmer je. Main komputer je. Tiba-tiba main dengan oven pula ye. 

Disebabkan ada permintaan aku nak mula juga berniaga buat homemade cookies. Permulaan aku buat biskut pisang dulu la. Tapi aku boleh buat kuantiti yang sedikit sahaja. Sebab aku hanya ada masa Sabtu dan Ahad atau Public Holiday. Harga dia? Nanti lah. belum rasmi lagi aku nak berniaga pun. Nanti aku update semula. 

11

Anak Itu

Cerita ni aku karang ketika aku berusia 11 tahun. Nama watak utama iaitu Hamzaidy ini diambil sempena nama kawan rapat aku ketika itu. Begitu juga nama watak-watak yang lain. Cerita ini tiada kena mengena mengenai mereka.

Hamzaidy seorang sebatang-kara. Dia dan anak-anak yatim piatu yang lain ditangkap oleh penjahat untuk kesenangan hidup mereka sendiri. Mereka diseksa dan didera. Mereka disuruh meminta sedekah dijalanan. Tempat tinggal mereka amat jauh di pendalaman tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Pada suatu ketika, Hamzaidy tidak tahan lagi tinggal di situ lalu berhasrat untuk melarikan diri. Hamzaidy mengajak rakan-rakannya melarikan diri. “Aku tak sanggup melarikan diri. Nanti kalau pakcik Ismail tahu habislah kita dipukulnya,” kata Rusydi salah seorang rakan Hamzaidy. “Alah, kita keluar diam-diam jangan sampai dia tau,” jawab Hamzaidy semula. “Apa borak-borak ni? Pergi buat kerja. Anak tak guna!” marah pakcik Ismail salah seorang pekerja di situ.

Pada tepat pukul satu pagi, Hamzaidy sudah bersiap-siap untuk melarikan diri. “Kau tak nak ikutkan? Suka hatilah. Aku pergi seorang,” kata Hamzaidy. “Jaga diri baik-baik. Kami akan melindungi kau sepanjang ketiadaan kau,” kata Jeyaraj juga salah seorang rakan Hamzaidy. “Baiklah Jeyaraj. Terima kasih kawan-kawan. Selamat tinggal,” kata Hamzaidy kepada rakan-rakannya. Hamzaidy keluar senyap-senyap dari tingkap takut pekerja di situ terjaga. Dia berjalan perlahan-lahan menyorok di sebalik pokok. Apabila dalam keadaan selamat Hamzaidy terus berlari keluar. Dia mencari jalan raya yang melalui bandar. Dia mencari-cari sehingga penat lalu berehat di bawah pokok yang berhampiran. Sudah beberapa lama Hamzaidy berehat dia terlelapkan matanya.

“Woi, bangun-bangun. Bangunlah,” Hamzaidy terdengar suara mengejutkan dia. Sebaik saja Hamzaidy buka mata, dia ternampak seorang lelaki yang sebaya dengannya berdiri di hadapan dan melihat matahari sudah terbit. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, memakai topi buruk dengan pakaian yang kotor. “Hai, aku Anep. Kau lapar ke? Aku ada bawakan makanan.” Kata Anep. Tanpa berfikir panjang Hamzaidy terus makan roti sardin  yang dibawa oleh orang yang baru dikenalinya. “Janganlah gelojoh. Aku tau la kau lapar. Kau mahu tinggal bersama kami? Ada banyak kawan-kawan yang tinggal kat sana,” Anep terus menarik Hamzaidy sesudah dia habis makan. “Nama kau siapa?” tanya Anep. “Aku……..nama aku Hamzaidy,” jawab Hamzaidy sambil menelan roti sardin tadi. “Mari aku bawa kau kat tempat tinggal aku. Aku tahu jalan shortcut dari sini.”

Hamzaidy ikut Anep dan tidak sampai beberapa minit, mereka terus sampai di jalan raya. Di tepi jalan raya ada papan tanda menunjukkan Kuala Lumpur 15KM. “Nah, makanlah buah epal ni. Perjalanan kita nak hampir. Mari kita tahan teksi,” kata Anep. “Tapi kita tidak mempunyai wang,” jawab Hamzaidy. “Aku ada wang,” kata Anep sambil mengeluarkan duit syiling yang banyak. Teksi pun tiba tidak lama kemudian. Mereka menaiki teksi tersebut.

Sampai di pertengahan jalan, Anep suruh teksi itu berhenti. Hamzaidy dan Anep terus keluar dari teksi sesudah membayar tambang. “Kenapa kita berhenti di sini?” tanya Hamzaidy sambil melihat bandaraya yang besar sekali. “Kami tak nak sesiapa tahu tempat tinggal kami. Kita terpaksa berjalan kaki,” jawab Anep. Mereka masuk lorong-lorong kecil. Sehinggalah sampai satu rumah tumpangan lama. “Inilah tempat tinggal kami,” kata Anep menerangkan tempat tinggalnya. Di dalam rumah tumpangan itu sangat kotor dan berhabuk. Ada seorang lelaki dewasa berpakaian seperti orang kaya. “Selamat datang. Awak orang baru tinggal di sini. Panggil saya Encik Jamani,” kata lelaki itu yang dikenali sebagai Encik Jamani. “Kamu boleh buat kerja hari ini juga. Nah! ambil ni wang perdahuluan,” kata Encik Jamani lagi sambil mengeluarkan duit syiling emas di poketnya.

“Jom, ikut kami. Nama aku Kassim.” Ajak salah seorang rakan Anep. Hamzaidy ikut sahaja rakan baru itu. Dia tidak tahu kemana dituju dan buat kerja apa seperti di katakan oleh Encik Jamani. “Kau nampak lelaki kat kedai buku tu. Gayanya macam orang kaya. Kau tengok ni,” Kata Fahmi juga kawan Anep. Hamzaidy tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan. Dia hanya memerhatikan tingkah laku rakan barunya. “Lari…..lari…..Hamzaidy lari…..lari.” Jerit Anep kepada Hamzaidy. Hamzaidy tersedar dari lamunannya. “Kau mencuri jam tangan Rolex aku kan!” dengan tiba-tiba lelaki di kedai buku itu mencekam kolar baju Hamzaidy. “Bak sini jam aku. Aku bawa kau kat balai polis.” Rupa-rupanya rakan-rakan yang baru dikenalinya ialah seorang pencuri. “Bukan saya yang mencuri. Saya tak bersalah. Bukan saya,” kata Hamzaidy dengan rasa cemas. “Wang syiling emas? Mana kamu dapat duit ni? Ni kamu kata tak bersalah. Kamu jawab di balai polis nanti,” marah lelaki tadi sambil mengeluarkan wang syiling emas di dalam poket Hamzaidy.

Hamzaidy dibawa ke balai polis. Selepas di soal siasat Hamzaidy didapati tidak bersalah.Hamzaidy tidak tahu arah mana nak dituju. Seorang lelaki yang petengahan umur menuju ke arah Hamzaidy. “Adik buat apa duduk di sini sendirian? Mari pergi ke rumah pakcik,” kata lelaki itu. Hamzaidy tidak menjawab. Dia mendiamkan diri mengenang nasibnya yang malang itu. Dia di bawa masuk ke dalam kereta Mercedes dan di bawa ke rumah lelaki petengahan umur itu tadi.

“Kita dah sampai di kawasan perumahan pakcik,” ujar pakcik itu. Hamzaidy melihat pemandangan dari cermin tingkap cermin kereta. Satu pemandangan yang cukup indah sekali. Seorang lelaki sedang berkebun melambaikan tangan. “Itulah pekebun pakcik,” pakcik itu kenalkan pekerjanya. Di tengah-tengah halaman rumah terdapat air pancut yang indah sekali. Kereta Mercedes itu berhenti di depan rumah lalu tersentak dari lamunannya. “Marilah masuk,” ajak pakcik tadi. “Wah, besarnya rumah pakcik!” Kata Hamzaidy terpegun. “Nama pakcik Rafie. Panggil je pakcik ni ayah. Anggaplah pakcik sebagai ayah kamu. Kamu Hamzaidy kan? Ayah dah banyak dengar cerita mengenai kamu,” kata pakcik Rafie yang berbadan tegap. “Ya. Nama saya Hamzaidy bin Hassan,” terang Hamzaidy.

Seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an membuka pintu utama rumah itu. “Inilah pembantu rumah ayah. Nama dia Mariam. Pekebun tadi nama dia pakcik Fauzi,” ujar pakcik Rafie. “Mana tuan muda? Panggilkan dia. Kami tunggu di ruang tamu,” Kata pakcik Rafie kepada Mariam. “Tuan muda ada di biliknya. Nanti saya panggilkan,” jawab Mariam. Hamzaidy duduk di atas kerusi sofa berwarna hijau dengan kusyen yang lembut lagi selesa. Di dinding ruang tamu dihiasi gambar lukisan yang sangat menarik minat Hamzaidy. 

Tidak lama kemudian seorang lelaki remaja tiba di ruang tamu. “Ni anak ayah, Zaidan. Dia 16 tahun,” terang pakcik Rafie lagi. “Kamu berapa tahun?” tanya pakcik Rafie. “Saya 14 tahun,” jawab Hamzaidy ringkas. “Kalau macam tu, mulai hari ini kamu menjadi adik kepada Zaidan dan anak kami. Tinggallah di sini bersama kami,” jelas pakcik Rafie sambil memegang cawan berisi air yang baru dibuat oleh pembantu rumahnya. “Besok pagi ayah nak buat sijil mengambil anak angkat. Bukannya apa, Zaidan selalu keseorangan bersama-sama pekerja ayah. Ayah dan ibu sibuk dengan kerja masing-masing. Hamzaidy boleh menjadi teman Zaidan,” jelas pakcik Rafie lagi. Hamzaidy amat terkejut mendengar kata-kata itu. Hamzaidy merasa sangat gembira sekali. “Hmmm….apa yang dibualkan itu bang.” Hamzaidy tersentak apabila mendengar suara itu. “Ni dia ibu kamu Hamzaidy. Nama dia Norlian,” ujar pakcik Rafie lagi. “Bang dah dapat cari anak angkat ke?” tanya makcik Norlian. “Inilah dia anak kita,” kata pakcik Rafie. “Baguslah kalau macam tu, boleh la teman Zaidan ni,” kata makcik Norlian.

Beberapa hari kemudian tempat tawanan anak-anak yatim piatu yang diduduki Hamzaidy dahulu sudah berjaya dibekas. Kawan-kawan Hamzaidy di hantar di asrama anak-anak yatim. Di rumah tumpangan lama pula telah dikesan berdasarkan maklumat Hamzaidy. Pencuri-pencuri di rumah tumpangan di hantar di rumah pemulihan. Hamzaidy menjadi jutawan baru di bandaraya Kuala Lumpur. Pihak polis juga mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Hamzaidy.

jtt2

Aku dan Jamu

Assalammualaikum dan hai..
Hari ini aku nak bercerita pasal Jamu Tun Teja. Aku ada cerita di Instagram dan Twitter pasal Jamu Tun Teja ni tapi panjang pula ceritanya. Jadi aku cerita di sini. 
 

JAMU TUN TEJA (MAL18026060T)

Jamu T.Teja™ ialah minuman herba kesihatan yang telah diklasifikasikan di bawah kategori Farmaseutikal serta diperakui sebagai Natural Product. Ianya sesuai bagi wanita moden kerana Jamu T.Teja™ didatangkan di dalam sachet yang mudah dibawa, supaya pengambilan Jamu harian anda menjadi lebih mudah dan cepat.
 

MANFAAT Jamu T.Teja™

 

  • Menggalakkan penghasilan susu ibu (Jamu tidak panas)
  • Menambahkan tenaga
  • Merawat dan melembabkan kulit
  • Menstabilkan kitaran haid
  • Meningkatkan kesihatan dalaman wanita
  • Menyingkirkan Toksin
  • Bebas dari Jerawat & Jeragat
  • Merawat keputihan
  • Menurunkan Berat Badan
  • Melawaskan Buang Air Besar
  • Melegakan Sembelit Serius
  • Menghilangkan perut buncit
  • Sesuai utk ibu berpantang
  • Menyuburkan Rahim

BAHAN-BAHAN

Manjakani, Akar Serapat, Acai Berry, Kulit Kayu Manis, Halia Bara, Lada Hitam, Madu Asli, Hyaluronic Acid (HA)
 

REVIEW AKU

Aku dah mengamalkan Jamu Tun Teja (JTT) ni dah lama dah. Sebelum aku kenal dengan suami aku lagi. Aku kenal suami aku masa tahun 2015. Mungkin aku mula ambil JTT ni dalam tahun 2015 atau sebelum itu.
 
Sebelum ini mak aku lah suruh aku minum ni ambil ni apa bagai jamu suplemen benda alah tu. Tapi aku malas. Yelah kena bancuh dengan air la shake la apa bagai. Aku bukan minat sangat dengan jamu sebenarnya. Lagipun aku ambil xde apa-apa effect pun.

Kawan baik aku dan kawan rapat aku kat UMP dulu, Farisya Zulaikha, kenalkan aku dengan JTT ni. Maklumlah dah nama pun kawan rapat. Mesti aku ada cerita masalah dalaman wanita ni kan. Jadi aku ambil JTT ni dan cuba. Lepas abis sekotak tu Alhamdulillah. Memang berkesan malah beri aku tenaga extra untuk kekal aktif lagi.
 
Rasanya sedap masam, manis dan pedas2 sedikit. Hanya perlu gocang, koyak dan terus minum dari sachet. Tak perlu nak bancuh2. Senangkan…
 
Tapi dulu biasa la, zaman belajar lagi. Mana nak mampu beli JTT. Kerja pun tidak. Aku pun skip lah ambil JTT. Pastu aku ada terbaca bahawa elok ambil JTT ni 3 bulan sebelum kahwin. Aku apa lagi belilah berkotak-kotak masa aku nak kahwin dulu.
 
Masa majlis perkahwinan kami, mak andam yang solek aku kata “Cantiknya kulit awak. Senang saya nak solek.” sambil solek. Lepas siap masterpiece dia kat wajah aku ni. Muka dia happy sangat. “Cantik lah awak.” sambil ambil gambar beberapa kali kat telefon bimbit dia. Aku tak ada lah pula pegang telefon aku masa tu. Jadi, aku pun tak ambil gambar. Mintalah mak andam tu nak gambar.
 
Aku kahwin kejap je dalam masa seminggu rasanya aku dah disahkan mengandung. Wei, kenapa cepat sangat. Honeymoon lama-lama pun susah. Eh, apa pula!! orang dah kahwin bertahun-tahun masih tak dapat anak. Dah dapat anak ni bersyukurlah. Nanti dah tua dah susah nak beranak baru tau. Kami still mood honeymoon okay walaupun ada anak. Siapa berfikiran dah kahwin tapi belum bersedia nak anak lagi baik jangan kahwin lagi ya.. Harap maklum. Alhamdulillah rezeki kami dapat anak perempuan nama Alisha Sabrina.
 
Aku berpantang dengan JTT je. Tak perlu pun herba-herba busuk duk tempek kat badan kita pastu melekit-lekit. Aku bersalin ceaser dan batuk pulak. Sakitnya lah.. Tapi dalam masa seminggu saja cantik je tempat operate. Kering elok.
 
Orang kata jamu panas. Tak elok nak susukan bayi. Tapikan.. JTT ni bukan macam jamu yang lain. JTT tidak panas. JTT ialah Jamu sebenar dengan Herba quality yang sangat tinggi. Kenapa tak panas melampau? Sebab JTT ni dah di formulakan dengan Acai Berry dan Madu Asli so kepanasan Herba tu dah balanced. Tujuan utama JTT bukan focus untuk mak mak saja tapi kena la fikir baby juga, kan? Ya memang JTT ini adalah milkbooster. Seronok baby minum susu ibu.
 
Kini anak aku sudah 15 bulan. Macam biasa orang lepas beranak mesti ada sketch mark kat perut pastu perut buncitkan. Tapi sekarang sketch mark aku makin pudar. Perut tidak lagi buncit. Maklumlah masa berpantang dulu tak boleh pakai bengkung sebab bersalin secara ceaser. Nak bersenam pun takut-takut lagi walaupun dah setahun lebih. Tu lambat perut kempis. Kalau aku bersenam ni mungkin cepat. Tapi takut laa.. Jadi memang ambil JTT ni kempis juga perut aku. Cuma makan masa. Tak bersenam kan. gemukkan diri dan makan banyak. Mana nak cepat kempis. JTT ni bukan ubat kurus tau. Jangan salah faham. Sebab tu lambat sikit kesan perut aku nak kempis. Hahahah!!
 
Kesimpulannya, aku sukalah JTT ni. Fall in love sangat. Sampaikan kini aku jadi JTT Ambassador. Aku nak kongsi manfaat dengan orang lain juga. Agak-agak kalau sesiapa berminat nak FREE SAMPLE JTT ni boleh la hubungi aku. Ataupun nak beli sekotak lagi bagus. Tengok dulu kesan ok ke tak lepas ambil sekotak JTT ni. Hubungi aku di SINI atau WhatsApp nombor aku 011-10249124.
karya

Karyaku

Assalammualaikum dan hai. Buat masa sekarang aku ingin memenuhi content blog ini. Aku akan post karya-karya lama aku yang pernah aku tulis zaman persekolahan dulu. Jadi kemungkinan ada kesalahan ejaan dan tatabahasa di situ. Apa yang aku akan kongsi harap jangan ambil serius kerana karya sajak, cerpen, cerita pendek semua itu tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Ianya adalah watak fisyen yang aku reka semata-mata.
 
Kenapa aku akan post karya aku yang lama? Kenapa tak post karya yang terbaru. Karya tahun 2019? Aku sebenarnya sudah lama berhenti menulis semenjak ada banyak komitment. Selepas aku sudah bekerja aku tidak lagi menulis. Melukis pun sudah jarang sekali. Itupun kalau aku jumpa pen dan kertas didepan mata aku dan masa tu aku tak buat apa-apa. Mungkin masa tu aku akan melukis.
 
Kini, aku sudah berkahwin. Ada anak seorang. Aku bekerja sebagai seorang Programmer. Lagilah susah aku nak bahagi masa dengan hobi menulis, melukis aku. Kerja sebagai Programmer ini kadang-kadang memerlukan komitment 24jam. Iya lah, Internet kan running 24 hours. So memang aku sentiasa kena prepare to fix any error from website.
 
Lebih-lebih lagi aku ada juga buat freelance website. Oh, sesiapa nak aku buat website aku bagi harga murah saja sekali bayar lumsum. Boleh dm aku di SINI. Iklan sekejap. Hahah..