Assalammualaikum dan hai..
Hari ini aku nak bercerita pasal Jamu Tun Teja. Aku ada cerita di Instagram dan Twitter pasal Jamu Tun Teja ni tapi panjang pula ceritanya. Jadi aku cerita di sini.
JAMU TUN TEJA (MAL18026060T)
Jamu T.Teja™ ialah minuman herba kesihatan yang telah diklasifikasikan di bawah kategori Farmaseutikal serta diperakui sebagai Natural Product. Ianya sesuai bagi wanita moden kerana Jamu T.Teja™ didatangkan di dalam sachet yang mudah dibawa, supaya pengambilan Jamu harian anda menjadi lebih mudah dan cepat.
MANFAAT Jamu T.Teja™
- Menggalakkan penghasilan susu ibu (Jamu tidak panas)
- Menambahkan tenaga
- Merawat dan melembabkan kulit
- Menstabilkan kitaran haid
- Meningkatkan kesihatan dalaman wanita
- Menyingkirkan Toksin
- Bebas dari Jerawat & Jeragat
- Merawat keputihan
- Menurunkan Berat Badan
- Melawaskan Buang Air Besar
- Melegakan Sembelit Serius
- Menghilangkan perut buncit
- Sesuai utk ibu berpantang
- Menyuburkan Rahim
BAHAN-BAHAN
Manjakani, Akar Serapat, Acai Berry, Kulit Kayu Manis, Halia Bara, Lada Hitam, Madu Asli, Hyaluronic Acid (HA)
REVIEW AKU
Aku dah mengamalkan Jamu Tun Teja (JTT) ni dah lama dah. Sebelum aku kenal dengan suami aku lagi. Aku kenal suami aku masa tahun 2015. Mungkin aku mula ambil JTT ni dalam tahun 2015 atau sebelum itu.
Sebelum ini mak aku lah suruh aku minum ni ambil ni apa bagai jamu suplemen benda alah tu. Tapi aku malas. Yelah kena bancuh dengan air la shake la apa bagai. Aku bukan minat sangat dengan jamu sebenarnya. Lagipun aku ambil xde apa-apa effect pun.
Kawan baik aku dan kawan rapat aku kat UMP dulu, Farisya Zulaikha, kenalkan aku dengan JTT ni. Maklumlah dah nama pun kawan rapat. Mesti aku ada cerita masalah dalaman wanita ni kan. Jadi aku ambil JTT ni dan cuba. Lepas abis sekotak tu Alhamdulillah. Memang berkesan malah beri aku tenaga extra untuk kekal aktif lagi.
Rasanya sedap masam, manis dan pedas2 sedikit. Hanya perlu gocang, koyak dan terus minum dari sachet. Tak perlu nak bancuh2. Senangkan…
Tapi dulu biasa la, zaman belajar lagi. Mana nak mampu beli JTT. Kerja pun tidak. Aku pun skip lah ambil JTT. Pastu aku ada terbaca bahawa elok ambil JTT ni 3 bulan sebelum kahwin. Aku apa lagi belilah berkotak-kotak masa aku nak kahwin dulu.
Masa majlis perkahwinan kami, mak andam yang solek aku kata “Cantiknya kulit awak. Senang saya nak solek.” sambil solek. Lepas siap masterpiece dia kat wajah aku ni. Muka dia happy sangat. “Cantik lah awak.” sambil ambil gambar beberapa kali kat telefon bimbit dia. Aku tak ada lah pula pegang telefon aku masa tu. Jadi, aku pun tak ambil gambar. Mintalah mak andam tu nak gambar.
Aku kahwin kejap je dalam masa seminggu rasanya aku dah disahkan mengandung. Wei, kenapa cepat sangat. Honeymoon lama-lama pun susah. Eh, apa pula!! orang dah kahwin bertahun-tahun masih tak dapat anak. Dah dapat anak ni bersyukurlah. Nanti dah tua dah susah nak beranak baru tau. Kami still mood honeymoon okay walaupun ada anak. Siapa berfikiran dah kahwin tapi belum bersedia nak anak lagi baik jangan kahwin lagi ya.. Harap maklum. Alhamdulillah rezeki kami dapat anak perempuan nama Alisha Sabrina.
Aku berpantang dengan JTT je. Tak perlu pun herba-herba busuk duk tempek kat badan kita pastu melekit-lekit. Aku bersalin ceaser dan batuk pulak. Sakitnya lah.. Tapi dalam masa seminggu saja cantik je tempat operate. Kering elok.
Orang kata jamu panas. Tak elok nak susukan bayi. Tapikan.. JTT ni bukan macam jamu yang lain. JTT tidak panas. JTT ialah Jamu sebenar dengan Herba quality yang sangat tinggi. Kenapa tak panas melampau? Sebab JTT ni dah di formulakan dengan Acai Berry dan Madu Asli so kepanasan Herba tu dah balanced. Tujuan utama JTT bukan focus untuk mak mak saja tapi kena la fikir baby juga, kan? Ya memang JTT ini adalah milkbooster. Seronok baby minum susu ibu.
Kini anak aku sudah 15 bulan. Macam biasa orang lepas beranak mesti ada sketch mark kat perut pastu perut buncitkan. Tapi sekarang sketch mark aku makin pudar. Perut tidak lagi buncit. Maklumlah masa berpantang dulu tak boleh pakai bengkung sebab bersalin secara ceaser. Nak bersenam pun takut-takut lagi walaupun dah setahun lebih. Tu lambat perut kempis. Kalau aku bersenam ni mungkin cepat. Tapi takut laa.. Jadi memang ambil JTT ni kempis juga perut aku. Cuma makan masa. Tak bersenam kan. gemukkan diri dan makan banyak. Mana nak cepat kempis. JTT ni bukan ubat kurus tau. Jangan salah faham. Sebab tu lambat sikit kesan perut aku nak kempis. Hahahah!!
Kesimpulannya, aku sukalah JTT ni. Fall in love sangat. Sampaikan kini aku jadi JTT Ambassador. Aku nak kongsi manfaat dengan orang lain juga. Agak-agak kalau sesiapa berminat nak FREE SAMPLE JTT ni boleh la hubungi aku. Ataupun nak beli sekotak lagi bagus. Tengok dulu kesan ok ke tak lepas ambil sekotak JTT ni. Hubungi aku di SINI atau WhatsApp nombor aku 011-10249124.
Leave A Comment