11

Anak Itu

Cerita ni aku karang ketika aku berusia 11 tahun. Nama watak utama iaitu Hamzaidy ini diambil sempena nama kawan rapat aku ketika itu. Begitu juga nama watak-watak yang lain. Cerita ini tiada kena mengena mengenai mereka.

Hamzaidy seorang sebatang-kara. Dia dan anak-anak yatim piatu yang lain ditangkap oleh penjahat untuk kesenangan hidup mereka sendiri. Mereka diseksa dan didera. Mereka disuruh meminta sedekah dijalanan. Tempat tinggal mereka amat jauh di pendalaman tanpa diketahui oleh sesiapa pun.

Pada suatu ketika, Hamzaidy tidak tahan lagi tinggal di situ lalu berhasrat untuk melarikan diri. Hamzaidy mengajak rakan-rakannya melarikan diri. “Aku tak sanggup melarikan diri. Nanti kalau pakcik Ismail tahu habislah kita dipukulnya,” kata Rusydi salah seorang rakan Hamzaidy. “Alah, kita keluar diam-diam jangan sampai dia tau,” jawab Hamzaidy semula. “Apa borak-borak ni? Pergi buat kerja. Anak tak guna!” marah pakcik Ismail salah seorang pekerja di situ.

Pada tepat pukul satu pagi, Hamzaidy sudah bersiap-siap untuk melarikan diri. “Kau tak nak ikutkan? Suka hatilah. Aku pergi seorang,” kata Hamzaidy. “Jaga diri baik-baik. Kami akan melindungi kau sepanjang ketiadaan kau,” kata Jeyaraj juga salah seorang rakan Hamzaidy. “Baiklah Jeyaraj. Terima kasih kawan-kawan. Selamat tinggal,” kata Hamzaidy kepada rakan-rakannya. Hamzaidy keluar senyap-senyap dari tingkap takut pekerja di situ terjaga. Dia berjalan perlahan-lahan menyorok di sebalik pokok. Apabila dalam keadaan selamat Hamzaidy terus berlari keluar. Dia mencari jalan raya yang melalui bandar. Dia mencari-cari sehingga penat lalu berehat di bawah pokok yang berhampiran. Sudah beberapa lama Hamzaidy berehat dia terlelapkan matanya.

“Woi, bangun-bangun. Bangunlah,” Hamzaidy terdengar suara mengejutkan dia. Sebaik saja Hamzaidy buka mata, dia ternampak seorang lelaki yang sebaya dengannya berdiri di hadapan dan melihat matahari sudah terbit. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, memakai topi buruk dengan pakaian yang kotor. “Hai, aku Anep. Kau lapar ke? Aku ada bawakan makanan.” Kata Anep. Tanpa berfikir panjang Hamzaidy terus makan roti sardin  yang dibawa oleh orang yang baru dikenalinya. “Janganlah gelojoh. Aku tau la kau lapar. Kau mahu tinggal bersama kami? Ada banyak kawan-kawan yang tinggal kat sana,” Anep terus menarik Hamzaidy sesudah dia habis makan. “Nama kau siapa?” tanya Anep. “Aku……..nama aku Hamzaidy,” jawab Hamzaidy sambil menelan roti sardin tadi. “Mari aku bawa kau kat tempat tinggal aku. Aku tahu jalan shortcut dari sini.”

Hamzaidy ikut Anep dan tidak sampai beberapa minit, mereka terus sampai di jalan raya. Di tepi jalan raya ada papan tanda menunjukkan Kuala Lumpur 15KM. “Nah, makanlah buah epal ni. Perjalanan kita nak hampir. Mari kita tahan teksi,” kata Anep. “Tapi kita tidak mempunyai wang,” jawab Hamzaidy. “Aku ada wang,” kata Anep sambil mengeluarkan duit syiling yang banyak. Teksi pun tiba tidak lama kemudian. Mereka menaiki teksi tersebut.

Sampai di pertengahan jalan, Anep suruh teksi itu berhenti. Hamzaidy dan Anep terus keluar dari teksi sesudah membayar tambang. “Kenapa kita berhenti di sini?” tanya Hamzaidy sambil melihat bandaraya yang besar sekali. “Kami tak nak sesiapa tahu tempat tinggal kami. Kita terpaksa berjalan kaki,” jawab Anep. Mereka masuk lorong-lorong kecil. Sehinggalah sampai satu rumah tumpangan lama. “Inilah tempat tinggal kami,” kata Anep menerangkan tempat tinggalnya. Di dalam rumah tumpangan itu sangat kotor dan berhabuk. Ada seorang lelaki dewasa berpakaian seperti orang kaya. “Selamat datang. Awak orang baru tinggal di sini. Panggil saya Encik Jamani,” kata lelaki itu yang dikenali sebagai Encik Jamani. “Kamu boleh buat kerja hari ini juga. Nah! ambil ni wang perdahuluan,” kata Encik Jamani lagi sambil mengeluarkan duit syiling emas di poketnya.

“Jom, ikut kami. Nama aku Kassim.” Ajak salah seorang rakan Anep. Hamzaidy ikut sahaja rakan baru itu. Dia tidak tahu kemana dituju dan buat kerja apa seperti di katakan oleh Encik Jamani. “Kau nampak lelaki kat kedai buku tu. Gayanya macam orang kaya. Kau tengok ni,” Kata Fahmi juga kawan Anep. Hamzaidy tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan. Dia hanya memerhatikan tingkah laku rakan barunya. “Lari…..lari…..Hamzaidy lari…..lari.” Jerit Anep kepada Hamzaidy. Hamzaidy tersedar dari lamunannya. “Kau mencuri jam tangan Rolex aku kan!” dengan tiba-tiba lelaki di kedai buku itu mencekam kolar baju Hamzaidy. “Bak sini jam aku. Aku bawa kau kat balai polis.” Rupa-rupanya rakan-rakan yang baru dikenalinya ialah seorang pencuri. “Bukan saya yang mencuri. Saya tak bersalah. Bukan saya,” kata Hamzaidy dengan rasa cemas. “Wang syiling emas? Mana kamu dapat duit ni? Ni kamu kata tak bersalah. Kamu jawab di balai polis nanti,” marah lelaki tadi sambil mengeluarkan wang syiling emas di dalam poket Hamzaidy.

Hamzaidy dibawa ke balai polis. Selepas di soal siasat Hamzaidy didapati tidak bersalah.Hamzaidy tidak tahu arah mana nak dituju. Seorang lelaki yang petengahan umur menuju ke arah Hamzaidy. “Adik buat apa duduk di sini sendirian? Mari pergi ke rumah pakcik,” kata lelaki itu. Hamzaidy tidak menjawab. Dia mendiamkan diri mengenang nasibnya yang malang itu. Dia di bawa masuk ke dalam kereta Mercedes dan di bawa ke rumah lelaki petengahan umur itu tadi.

“Kita dah sampai di kawasan perumahan pakcik,” ujar pakcik itu. Hamzaidy melihat pemandangan dari cermin tingkap cermin kereta. Satu pemandangan yang cukup indah sekali. Seorang lelaki sedang berkebun melambaikan tangan. “Itulah pekebun pakcik,” pakcik itu kenalkan pekerjanya. Di tengah-tengah halaman rumah terdapat air pancut yang indah sekali. Kereta Mercedes itu berhenti di depan rumah lalu tersentak dari lamunannya. “Marilah masuk,” ajak pakcik tadi. “Wah, besarnya rumah pakcik!” Kata Hamzaidy terpegun. “Nama pakcik Rafie. Panggil je pakcik ni ayah. Anggaplah pakcik sebagai ayah kamu. Kamu Hamzaidy kan? Ayah dah banyak dengar cerita mengenai kamu,” kata pakcik Rafie yang berbadan tegap. “Ya. Nama saya Hamzaidy bin Hassan,” terang Hamzaidy.

Seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an membuka pintu utama rumah itu. “Inilah pembantu rumah ayah. Nama dia Mariam. Pekebun tadi nama dia pakcik Fauzi,” ujar pakcik Rafie. “Mana tuan muda? Panggilkan dia. Kami tunggu di ruang tamu,” Kata pakcik Rafie kepada Mariam. “Tuan muda ada di biliknya. Nanti saya panggilkan,” jawab Mariam. Hamzaidy duduk di atas kerusi sofa berwarna hijau dengan kusyen yang lembut lagi selesa. Di dinding ruang tamu dihiasi gambar lukisan yang sangat menarik minat Hamzaidy. 

Tidak lama kemudian seorang lelaki remaja tiba di ruang tamu. “Ni anak ayah, Zaidan. Dia 16 tahun,” terang pakcik Rafie lagi. “Kamu berapa tahun?” tanya pakcik Rafie. “Saya 14 tahun,” jawab Hamzaidy ringkas. “Kalau macam tu, mulai hari ini kamu menjadi adik kepada Zaidan dan anak kami. Tinggallah di sini bersama kami,” jelas pakcik Rafie sambil memegang cawan berisi air yang baru dibuat oleh pembantu rumahnya. “Besok pagi ayah nak buat sijil mengambil anak angkat. Bukannya apa, Zaidan selalu keseorangan bersama-sama pekerja ayah. Ayah dan ibu sibuk dengan kerja masing-masing. Hamzaidy boleh menjadi teman Zaidan,” jelas pakcik Rafie lagi. Hamzaidy amat terkejut mendengar kata-kata itu. Hamzaidy merasa sangat gembira sekali. “Hmmm….apa yang dibualkan itu bang.” Hamzaidy tersentak apabila mendengar suara itu. “Ni dia ibu kamu Hamzaidy. Nama dia Norlian,” ujar pakcik Rafie lagi. “Bang dah dapat cari anak angkat ke?” tanya makcik Norlian. “Inilah dia anak kita,” kata pakcik Rafie. “Baguslah kalau macam tu, boleh la teman Zaidan ni,” kata makcik Norlian.

Beberapa hari kemudian tempat tawanan anak-anak yatim piatu yang diduduki Hamzaidy dahulu sudah berjaya dibekas. Kawan-kawan Hamzaidy di hantar di asrama anak-anak yatim. Di rumah tumpangan lama pula telah dikesan berdasarkan maklumat Hamzaidy. Pencuri-pencuri di rumah tumpangan di hantar di rumah pemulihan. Hamzaidy menjadi jutawan baru di bandaraya Kuala Lumpur. Pihak polis juga mengucapkan terima kasih di atas pertolongan Hamzaidy.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *