side-view-woman-having-backache-while-working-from-home

Sengsara mengalami sakit Slip Disc

Beberapa bulan yang lalu. Aku mengalami sakit slip disc dalam 4 bulan juga la. Bagi yang tak pernah dengar atau tau apa tu slip disc, meh sini aku nak terangkan sikit.

Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah. Untuk lebih lanjut lagi boleh baca sini.

Orang tengok kita normal. Tak ada la nampak sakit pun. Bila jalan tu. Orang boleh ingat kita ni macam cacat da. Sakit dia memang susah nak bergerak. Ramai orang yang aku jumpa bila orang cakap aku sakit slip disc, mereka mesti tanya “Selalu angkat barang berat ke?”

Bagaimana bermulanya aku sakit? Aku ingat lagi pada hari Jumaat, 3 Jun 2022. Aku macam biasa nak bangun pergi kerja. Tiba-tiba aku terasa lumpuh. Tak boleh nak gerak kaki. Bangun pun tak boleh. Suami aku yang tidur di sebelah terjaga bila dengar suara kesakitan aku yang tak boleh nak bergerak langsung.

Mintak MC. Terlantar di katil. Beberapa jam lepas tu dah boleh bergerak sedikit aku pergi klinik. Doktor syak ini kena sakit slip disc. Kena refer hospital swasta. Sebab kalau kerajaan, buat appointment dulu baru boleh dapatkan rawatan. Appointment tu pula ambil masa berbulan juga.

Alhamdulillah aku ada insuran. Tempat kerja aku pun ada insuran. Lepas dapat nasihat egen insuran aku, aku pun pergilah buat appointment dengan doktor hospital swasta bahagian Orthopedic. Aku ni tak lah kaya sangat nak pergi hospital swasta. Tak pernah pun. Tak tau macam mana procedure dia. Aku pun pergilah Google cari hospital swasta mana nak pergi. Jumpalah satu hospital dimana sepanjang percarian aku di hospital swasta hanya hospital ini di Hospital Columbia Asia, Cheras ada doktor Orthopedic perempuan. Namanya Dr. Sharizan. Yang lain semua lelaki. Kalau ada doktor perempuan lain tu mungkin aku tak jumpa la di carian Google aku tu.

Sekali pergi jumpa Doktor tu, aku terus dapat MC 2 minggu. Esoknya aku buat MRI scan. Dalam kepala aku ni, risau.. Macam mana nak claim insuran ni. MRI scan tu maunya beribu. Mengikut polisi aku, boleh claim insuran bila aku admit hospital. Masalahnya aku mana ada admit pun. Baru nak check sakit ni. Alhamdulillah aku ada credit card. Guna la dulu. Nanti fikir kemudian. hahah…

Bila buat MRI scan tu aku didapati sakit slipped disc H5 dan S1. Maksudnya disc bengkak menekan urat saraf di bahagian tulang sebelah bawah. Sebab itu aku tak boleh nak jalan. Kalau slipped disc sebelah atas tak boleh gerak tangan dan leher. Agaknya la. Aku tak buat research lagi kalau sakit belah atas macam mana.

Doktor kata aku sakit mungkin berpunca salah posture duduk yang terlalu lama di depan komputer. Bukan sebab angkat berat saja boleh sakit slip disc ni. Doktor bagi 2 pilihan kaedah untuk aku. Satu adalah buat Laser Discectomy dan satu lagi buat pembedahan. Doktor cadangkan buat laser. Tapi tak semua serasi dengan laser ni. Ada yang tak berjaya dan akhirnya buat pembedahan. Kalau serasi ngan laser, tak perlu dah buat pembedahan. Aku pun nak proceed saja laser. Tanpa berfikir panjang. Sebabnya terlalu sakit. Jalan kena guna kerusi roda. Duduk kat kerusi roda pun sakit. Setiap pergerakkan sakit la.

Bila submit insuran semua. Ha sudah… Insuran tak approve. Kena buat siasatan dulu. Ambik masa dalam sebulan lebih juga tu siasatan. Aku dah sakit sangat ni. Aku pun cari la alternatif lain. Pergi buat Chiropractic. Pergi la Google lagi cari pakar Chiropractic perempuan. Aku jumpa kat SACC Mall, Shah Alam. Lupa pula nama klinik tu. Kat KL semua lelaki. Susah juga kan orang pakar tulang ni kebanyakkan lelaki. Lepas 7 atau 8 kali sesi rawatan Chiropractic aku pun dah boleh jalan. Sakit tetap sakit. Tapi tak seteruk mula-mula sakit tu. Jalan pun tak boleh jalan jauh dan berdiri lama.

Sepanjang aku sakit ni, aku tak boleh nak memandu, tak boleh jaga anak, mandikan anak. Solat pun kena duduk atas kerusi. Alhamdulillah dapat suami yang sungguh baik. Jaga aku, jaga anak-anak, jaga rumah. Ulang alik hantar aku pergi kerja dan pergi buat rawatan Chiropractic. Pergi kerja?? ya…. pergi kerja ya. MC aku dah abis. Tetap kena kerja. Aku kerja dengan bertongkat. Semua dak opis tanya aku sakit kaki ke? Kenapa tu? bla.. bla.. bla..

Bila dapat tau insuran aku dah approve, dengan pantas aku buat appointment dengan Doktor Sharizan nak teruskan procedure Laser Discectomy. Suami aku ada la juga nasihat aku, fikir betul-betul nak buat laser ni atau nak teruskan saja rawatan Chiropractic. Tapi rawatan Chiropractic ni ambik masa untuk terus pulih. Duit pun banyak habis. Duit minyak dan tol pergi balik pergi balik sehari perjalanan kerja dan rumah. Duit rawatan Chiropractic pula. Bukan nya murah rawatan tu. Kena bayar setiap sesi rawatan makan beratus. Rumah pun huru-hara. Suami kadang-kadang tak sempat nak uruskan rumah. Kesian pula dia macam-macam dia buat sendiri. Jadi, aku tekad untuk meneruskan procedure Laser Discectomy ni.

Hari yang sama masuk wad, hari yang sama la buat procedure tu. Masa procedure tu dijalankan, doktor bius kata tak bagi aku ubat bius pun. Tapi bagi aku gas mengantuk. Memang mamai je aku sepanjang procedure tu. Aku tidur, pastu terjaga rasa sakit kena cucuk kat belakang. Pastu sambung tidur lagi. Bangun semua rasa sakit. Begitulah seterusnya. Procedure tu tak sampai sejam pun. Dalam 40 minit dah settle. Keesokkannya dah boleh keluar wad. Masih tak boleh jalan dengan ok, mungkin sebab aku masih lagi takut-takut nak bergerak selepas buat laser tu. Duduk di kerusi roda.

Semakin hari semakin ok. Aku dah boleh jalan seperti biasa. Doktor bagi aku MC selama sebulan. Sebulan tu juga la doktor tak bagi aku tunduk. Jalan pun kena tegak saja. Maksudnya aku masih tak boleh buat kerja-kerja harian seperti biasa. Suami aku juga yang uruskan semuanya lagi. Bila dah start kerja, aku pula dah boleh bergerak macam biasa. Terasa begitu nikmatnya bila sudah sembuh. Syukur Alhamdulillah. Tak perlu nak buat pembedahan. Mulai tahun depan aku bagitahu suami aku kita buat rawatan Chiro sebulan sekali la ya.

Ingat ya bagi mereka yang berkerja menghadap komputer tu. Jaga posisi badan. Duduk tegak. mata selari ngan monitor. Jangan duduk terlalu lama. Kena bangun berjalan-jalan. Pergi pantry ke, tandas ke, surau ke.. Asalkan berjalan.

hats

Hats Off

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Pada 17 November 2022 baru-baru ini. Tempat kerja aku ada buat event Hats Off To You! Pelbagai aktiviti dilakukan. Di awal acara tersebut ada pertandingan the best hat. Ada topi DIY, topi haiwan dan pelbagai lagi.

Selepas itu kami mengadakan perlumbaan. Ada klu dan lari sana sini satu office. Macam main treasure hunt macam tu. Nama Kumpulan kami adalah Bear Bear dan satu kumpulan ada 10-11 orang. Sebenarnya nama Bare Bears tapi HR eja Bear Bear. Boleh la. Tak penting pun. Yang penting kami dapat habiskan perlumbaan ini.

Sepanjang perlumbaan ini, setiap kumpulan di berikan 2 biji telur. Kena jaga jangan bagi pecah sampai akhir. Ada sampai satu check point di mana kami bermain rock, scissors, paper menggunakan mimik muka. Bos kami, Mr Falco menyerang telur team lain sampai pecah. Mujur team kami sudah abis di check point ini dan lari sebelum menjadi huru hara.

Banyak juga aktiviti yang perlu kami buat pada setiap check point sebelum tamat. Kumpulan kami dapat tempat keempat kerana ada kumpulan lain yang sabotaj ambil kesemua piece puzzle di check point yang sepatutnya kami ambil. Terpaksa kami cari semula di mana puzzle tersebut. Nak cerita semua aktiviti macam banyak sangat. Tengok sajalah gambar-gambar kami. Baju biru dan tudung pink adalah aku. Kalau ada orang mencari-cari la mana aku dalam gambar. Heheheh….

I am happy be part of Elken family.

artwork

Hasil Kerjaku

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Aku ada buat satu website di mana semua hasil kerja aku di situ. Kira macam portfolio la. Dah lama sebenarnya aku nak buat. Tapi asyik sibuk je. Lepas ni tetiba ada client nak tengok aku punya portfolio, senang da sikit nak tunjuk.

Jom tengok sendiri di https://artwork.rikasaini.com

pocong-from-inside-car

Dia Nak Tumpang

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Kali ini aku nak ceritakan pengalaman makhluk yang paling dekat sekali ngan aku. Ceritanya begini…. Ada kawan aku ni namanya Isya. Member kelas aku dan juga rakan sebilik. Dia selalu kalau hari Sabtu Ahad dia balik rumah di Kuantan. Hari Ahad selalunya mama dia hantar semula ke UMP. Hari isnin ada kelas dan tak silap aku ada ujian. Tapi kali ni dah nak pukul 11 malam Isya tak sampai-sampai lagi. Aku pun SMS la tanya dia. Katanya mama dia tak sihat nak memandu. Mama dia ingatkan dah malam mama dia sihat la. Tapi masih lagi kurang sihat dan tak boleh memandu.

Isya pun suh aku sewa kereta ambik dia. Dia bayar duit minyak dan duit sewa kereta. Dalam masa nak cari kereta dan bersiap semua. Kul 12 tengah malam juga la aku gerak dari UMP, Gambang. Aku memandu seorang je. Sampai di simpang 4 jalan kat Gambang tu ada food court. Jalan menghala ke Kuantan ada stesen minyak. Jalan ni gelap. Jalan lurus je untuk menuju ke Kuantan. Jalan gelap tak ada lampu jalan. Sekarang tak tau la jalan tu mungkin dah ok.

Bila tiba jalan tu aku nampak satu gempulan asap hitam dari luar masuk celah-celah pintu terus menuju ke tempat duduk sebelah dan menjelma menjadi makhluk Pocong. Masa tu aku buat tak tau. Pandang depan. Konon-konon tak nampak. Kuatkan lagu di radio sambil nyanyi. Kita sebagai manusia, walaupun mata kita memandang kedepan, kita masih juga nampak sebelah kiri kanan kita kan. Jadinya, aku memang nampak makhluk tu duduk dia sebelah dengan berbungkus kain putih lusuh. Tak nampak muka sebab makhluk tu pun pandang ke depan. Aku nyanyi-nyanyi sambil tangan kiri aku tutup pipi sebelah kiri aku supaya menghalang penglihatan aku dari nampak makhluk tu. Tah kenapa masa tu aku tak terfikir langsung nak baca apa-apa surah.

Sepanjang jalan gelap tu dia duduk sebelah. Sampai di jalan depan sudah ada lampu jalan. Jalan pun dah terang. Makhluk tu terus bertukar menjadi gempulan asap dan ghaib. Alhamdulillah.. Aku hembus nafas lega. Nasib baik la dia duduk diam je kat sebelah tak kacau aku. Buatnya tiba-tiba dia “CAKKKK!!!” sambil tunjukkan wajahnya. Tak ke aku boleh kemalangan masa tu.

Sampai rumah Isya. Aku ceritakan semua kat dia. Semenjak hari itu dia da tak bagi aku memandu seorang malam-malam.

road-through-foggy-forest-into-distance

Jalan Berdarah Daging Berkecai

Assalammualaikum dan hai semua para pembaca.

Aku nak mulakan cerita pengalaman yang paling seram dalam masa yang lama pernah aku hadapi. Pengalaman yang lain hanya muncul-muncul macam tu je.

Macam ini ceritanya. Ada satu member aku ni. Dia bekas pelajar UMP dan pindah masuk UiTM Dungun. Tukar bidang. Maklum la bidang komputer ni bukan senang orang yang tak minat nak terima. Lebih-lebih lagi Programming Language yang susah orang lain nak faham. Dulu masa UMP, bidang kitaorang di bahagi kepada 2 kelas. Kelas pertama ramai perempuan dan kelas kedua hanya kami bertiga saja perempuan iaitu Aku, Mira dan Leen. Yang pindah tu namanya Leen. Jadi, kami memang rapat la.

Satu hari Leen ni datang ke UMP. Saja jalan-jalan. Pagi atau siang tu member lelaki yang ambil dia dari UiTM Dungun. Pastu malam kami lepak bersama dan kami pula yang hantar dia ke UiTM Dungun tu. Dalam kereta aku, Mira, Leen dan Aisyah (dari kelas lagi satu). Bergerak ke sana lepas maghrib rasanya. Tak ada la seram mana. Macam biasa je. Pastu jalan-jalan pergi pasar malam kat Dungun. Bila tiba kami nak balik semula ke UMP. Haa.. yang ini la bab seram.

Aku tak ingat pukul berapa aku gerak dari Dungun. Kemungkinan agak lewat. Yela jalan-jalan sana lagi. Lepak-lepak bilik asrama lagi. Makan lagi. Aku agarkan dalam kul 11-12 tengah malam la kot. Aku yang memandu. Mira duduk di tempat penumpang sebelah. Aisyah pula tidur di tempat duduk belakang. Aku lalu di jalan lama dari Dungun ke Gambang. Jalan sana memang gelap. Tak ada lampu jalan. Aku memandu macam biasa.

Tiba-tiba aku ternampak jalan raya tu macam ada darah. Darah yang macam kena seret tu. Sepanjang jalan ada darah. Makin ke depan jalan tu penuh dengan ketulan daging-daging. Nampak macam daging tu dah berkecai di jalan raya. Aku langgar daging-daging tu. Bila aku terlanggar daging tu aku boleh dengar bunyi daging tu kena penyet. Bunyinya sangat nilu. Aku memandu ke kiri kanan berusaha nak mengelak dari terlanggar ketulan daging itu. Tapi ketulan tu makin lama makin banyak dan darah pun makin banyak.

“Eh! apa tu?” Jerit aku ketakutan. “Apa? Apa? Aku tak nampak apa-apa pun.” kata Mira. Aisyah tak payah cakap la. Dia masih sedap saja lena kat belakang tanpa ketahui apa-apa. Mira pun dekat ngan aku sambil usap-usap dada aku dan baca Al-Fatihah. Aku pula dalam hati baca ayat Kursi berulang-ulang kali.

Semakin ke depan aku nampak satu bangkai gergasi di tepi jalan. Aku tak pasti itu lembu atau kerbau ataupun gajah. Sebab ianya sangat besar dan kawasan itu gelap. Bangkai itu kelihatan perut sudahpun berlubang besar. Isi-isi semua terkeluar dan berdarah. Aku tunjuk kat Mira bangkai di tepi jalan tu, namun dia tidak kelihatan apa-apa.

Aku pandang kedepan. Ada kereta lalu di kawasan berlawanan. Darah yang banyak tadi kini sudah tiada di jalan. Ketulan daging juga tiada. Sampai di kawasan tempat letak kereta UMP, aku terus tengok pada tayar. Ada ke ketulan daging atau darah pada tayar. Aku tengok kesemua keempat-empat tayar. Aku yakin aku terlanggar daging yang berkecai tadi. Namun, tiada apa-apa kesan pada tayar. Tiada ketulan daging malah darah pun tiada.

Aku bertanya pada Mira, “Betul ke kau tak nampak apa-apa tadi?” Mira pun jawab “Sumpah aku tak nampak apa-apa.” Tangan aku masih mengigil ketakutan walaupun sudah sampai. Balik asrama, mandi dan nak masuk tidur. Nak tidur tu aku masih terbayang-bayang darah tu sampailah aku tertidur.

Decorated number 1 for a birthday. Happy birthday one year for twins. White, pink, blue colors

Kek Hari Jadi yang pertama untuk bayi

Mesti ibu-ibu ada yang tercari-cari apa kek yang sesuai untuk anak sempena ulang tahun kelahiran yang pertama ni. Maklumlah anak masih belum boleh bagi garam gula dalam masakan lagi. Kalau beli kek di luar sana sudah tentu tidak sesuai untuk anak kerana manis gula. Pewarna kek pula. Lagilah pekatnya…

Spooky foggy forest on the moonlight

Pengenalan Pengalaman Seram

Aku ada banyak pengalaman seram aku rasa nak share pada semua pembaca. Ini merupakan pengalaman seram aku sendiri. Tidak kisah lah nak percaya atau tak. Jadinya aku nak intro dulu sedikit info mengenai aku dan macam mana aku ada banyak pengalaman seram. Aku memang boleh melihat dari aku kecil lagi. Jadi cuba bayangkan berapa banyak pengalaman sehingga umur aku dah cecah 3 series ni.

Kids hands and plate with pasta on table , cooking at home with baby top view

Pasta Bolognese untuk bayi

Disebabkan banyak pula aku dah buat Tomato Paste Homemade ni. Aku pun fikir apa resepi yang patut aku buat mengunakan bahan yang ada ni. Banyak tau leh buat. Boleh buat sambal bilis, asam pedas, bolognese, kuah masak asam, ayam masak merah, nasi tomato dan macam-macam la. Tapi kali ni aku nk share resepi Pasta Bolognese.

Sweet oatmeal cookies in red tray on wooden table

Biskut Oat Kurma untuk bayi

Raya dah dekat. Tapi Selangor Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) disebabkan Covid-19 ni. Kuala Lumpur pun tak boleh pergi mana-mana. Jadinya kita buat biskut raya lah. Tak ada lah kuih raya sangat. Kesian kat si kecil ni nak kunyah-kunyah. Dah tak boleh makan macam kakak dia. Makanan dia pun NO SALT, NO SUGAR, NO MSG. Ok jom kita buat biskut cair di mulut. Sesuai untuk bayi yang dah boleh suap sendiri ya.

maze

Pejabat dalam Maze

Ok sekarang ni bukan aku nak cerita yang pejabat ini nak pindah. Aku nak cerita sekarang ni. Sekarang ni kasihan department aku Group Information Teknology (GIT). Building kami nak renovate dan kemas meja-meja, barang-barang nak pindah. Jadi GIT ni pun berhijrah kat department apa tah. Aku pun tak pasti. Kenapa pula tak pasti? Hahah!! Pejabat ni banyak sangat department dia. Mana nak ingat. Orang yang bekerja satu syarikat yang sama pun bukan kenal semua. Naik lif. “Hai. Hai. Tingkat berapa? Ok.. Bye.”