Decorated number 1 for a birthday. Happy birthday one year for twins. White, pink, blue colors

Kek Hari Jadi yang pertama untuk bayi

Mesti ibu-ibu ada yang tercari-cari apa kek yang sesuai untuk anak sempena ulang tahun kelahiran yang pertama ni. Maklumlah anak masih belum boleh bagi garam gula dalam masakan lagi. Kalau beli kek di luar sana sudah tentu tidak sesuai untuk anak kerana manis gula. Pewarna kek pula. Lagilah pekatnya…

Kids hands and plate with pasta on table , cooking at home with baby top view

Pasta Bolognese untuk bayi

Disebabkan banyak pula aku dah buat Tomato Paste Homemade ni. Aku pun fikir apa resepi yang patut aku buat mengunakan bahan yang ada ni. Banyak tau leh buat. Boleh buat sambal bilis, asam pedas, bolognese, kuah masak asam, ayam masak merah, nasi tomato dan macam-macam la. Tapi kali ni aku nk share resepi Pasta Bolognese.

Sweet oatmeal cookies in red tray on wooden table

Biskut Oat Kurma untuk bayi

Raya dah dekat. Tapi Selangor Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) disebabkan Covid-19 ni. Kuala Lumpur pun tak boleh pergi mana-mana. Jadinya kita buat biskut raya lah. Tak ada lah kuih raya sangat. Kesian kat si kecil ni nak kunyah-kunyah. Dah tak boleh makan macam kakak dia. Makanan dia pun NO SALT, NO SUGAR, NO MSG. Ok jom kita buat biskut cair di mulut. Sesuai untuk bayi yang dah boleh suap sendiri ya.

1470

Tomato Paste Homemade untuk bayi

Hari ini aku nak berkongsi macam mana untuk buat tomato paste untuk diletakkan di dalam masakan anak nanti. Maklumlah untuk bayi bawah 2 tahun tidak digalakkan makan atau minum garam, gula dan juga perasa tambahan. Jadi aku buat tomato paste ini pun sebab nanti aku nak buat bihun goreng. Boleh juga buat sambal nasi lemak. Nama je sambal tapi versi bayi ni tak pedas sebab gunakan tomato. Macam-macam lagi resepi boleh buat dengan letak tomato paste ni.

551115-PK1NS7-351

Blueberry Cheese Cupcake untuk bayi

Hari ini aku nak share resepi Blueberry Cheese Cupcake pula. Resepi ini sesuai untuk bayi berumur 8 bulan keatas. Sebenarnya dah lama aku buat tapi aku tak ingat bila. Baru harini rasa nak share. Tak silap aku buat ni masa ulang tahun kelahiran anak aku yang pertama. Maklumlah dia mana boleh makan kek manis-manis yang ada di pasaran luar sana. Baik buat sendiri kat rumah kan.